Tuesday, December 29, 2009

Tekankan dua prinsip, demi BN kekal relevan

Barisan Nasional (BN) sebagai tunjang utama kepada kerajaan yang memerintah negara ini perlu berpegang kepada dua prinsip
iaitu sentiasa berpandangan jauh ke hadapan dan mengutamakan kehendak serta keperluan rakyat melalui sistem penyampaian yang lebih berkesan, kata perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata untuk menjadi kerajaan yang lebih baik, BN tidak seharusnya menoleh ke belakang sebaliknya perlu melihat apa yang harus BN buat untuk rakyat hari ini dan pada masa hadapan.

"Tidak dinafikan BN banyak sumbangan kepada rakyat sebelum ini, tapi dengan meningkatnya tahap pendidikan rakyat melalui pembangunan prasarana pendidikan yang dibangunkan oleh BN, rakyat mahu melihat apa yang akan kita (BN) buat hari ini dan masa akan datang," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tritahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) di Kuching hari ini.

Beliau berkata perubahan dalam senario politik negara turut mengubah cara rakyat negara ini berfikir sekaligus mendorong BN untuk menjadi sebuah parti yang lebih dinamik sejajar dengan kehendak semasa rakyat.

Katanya rakyat hari ini akan menjadi penentu hala tuju BN pada masa hadapan dan bukannya kepada pencapaian yang telah diperolehi pada masa lampau.

Prinsip kedua, kata Najib, memastikan sistem penyampaian kerajaan BN betul-betul berkesan dan sampai kepada kehendak dan keperluan rakyat di semua peringkat.

Beliau, yang juga pengerusi BN, berkata kerajaan BN dianggap sebagai kalah dalam pilihan raya walaupun pada dasarnya mereka menang jika anggotanya gagal melaksanakan apa yang telah diamanahkan oleh rakyat.

"Pembangkang tidak akan menang, tapi kita (BN) kalah pilihan raya jika gagal melaksanakan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat kepada," katanya.

Katanya, 1Malaysia bukannya slogan tapi ia merupakan satu asas kepada dasar yang lebih adil serta penekanan kepada sistem nilai yang lebih baik dalam setiap sistem penyampaian kerajaan BN.

Najib berkata rakyat akan menjadi penilai terakhir kepada apa yang BN buat di bawah amalan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Dalam dalam itu, Najib mahu menjadikan tahun 2010 sebagai tahun pencapaian yang lebih baik kepada BN dengan harapan semua anggota BN peringkat pusat dan negeri bersama-sama turun padang membantu rakyat.

Katanya, masalah utama iaitu pelaksanaan kepada segala dasar dan perancangan kerajaan perlu diambil perhatian oleh semua anggota BN agar ia sampai kepada rakyat.

"Saya meletakkan azam tahun 2010 sebagai tahun prestasi yang lebih baik BN," katanya.

Najib berkata BN sebagai tunjang utama kepada kerajaan juga akan memastikan segala peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan negeri dapat digunakan sepenuhnya selain berharap pihak kerajaan negeri memberi kerjasama menyelesaikan segala masalah pembangunan di peringkat negeri masing-masing.

Beliau turut menegaskan parti komponen BN tidak kira kecil mahupun besar termasuk SPDP yang menunjukkan prestasi cemerlang pada pilihan raya umum dan negeri yang lalu akan sentiasa diberi perhatian berat selain harapan agar prestasi tersebut dikekalkan pada masa akan datang. --- LAGI

Thursday, December 17, 2009

Negara kaya janji AS$22 bilion perangi pemanasan global

COPENHAGEN: Negara-negara kaya semalam menjanjikan sumbangan sehingga AS20 bilion (RM66 bilion) sebagai usaha memerangi isu pemanasan global, sekali gus memperlihatkan titik permulaan Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di sini.

Jepun mengetuai inisiatif itu dengan menjanjikan bantuan 1.75 trilion Yen (AS$19.5 bilion), termasuk 1.3 trillion Yen dalam Dana Awam khusus kepada negara sedang membangun bagi menangani perubahan iklim.

Jepun kini bersama empat negara lain komited dengan inisiatif dana itu, termasuk Australia, Britain, Perancis, Norway dan Amerika Syarikat.

Tuesday, December 15, 2009

Isteri Menteri Kesihatan beri keterangan kepada SPRM

PUTRAJAYA: Isteri Menteri Kesihatan, Datin Seri Lee Su Loo hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan menerima hadiah sebuah kereta mewah.

Lee dipercayai tiba di SPRM kira-kira jam 10 pagi untuk memberi keterangan selama hampir empat jam, kemudian meninggalkan SPRM kira-kira jam 2 petang.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull ketika dihubungi mengesahkan perkara itu, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Monday, December 14, 2009

Perdana Menteri Itali ditumbuk

14/12/2009 2:45am


ROME 14 Dis. - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi telah ditumbuk di muka oleh seorang lelaki dalam satu perhimpunan di Milan, lapor media Itali.

Pemimpin itu kemudiannya segera dibawa menaiki sebuah kereta selepas rebah.

Siaran televisyen tempatan memaparkan bibir Berlusconi yang berdarah ketika beliau diangkat oleh pasukan bantuan.

Seorang jurucakap Berlusconi berkata, beliau tidak mempunyai sebarang maklumat segera mengenai kejadian itu, yang berlaku selepas perdana menteri tersebut menyampaikan ucapan panjang dan memberangsangkan kepada penyokong konservatifnya. - AP

PM puas hati pencapaian enam NKRA

PM puas hati pencapaian enam NKRA



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau secara umumnya berpuas hati dengan pencapaian enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang dibentangkan hari ini. - Bernama